Powered By Blogger

Rabu, 14 Ogos 2013

sebenarnya saya isteri dia

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA



 Drama sebenarnya saya isteri dia telah menghiasi blog-blog yang lainkini tiba masa blog simple nie pula..
SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari jumaat di tv3 menerusi slot zehra mulai 29 Mac 2013.Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini merupakan drama yang diadaptasi dari novel "Sebenarnya,saya isteri dia!"terbitan karya seni yang ditulis oleh Zura Asyfar.

SINOPSIS;
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu betul tak???!!!
Begitulah yang terjadi pada FIRASH ARSHAD danSYAFA AQIRA nie...
Cinta yang telah dipupuk olehSYAFA AQIRA dan FARISH ADRYAN iaitu abang kepada FIRASH ARSHAD sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalanapabila FARISH bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dhadiri oleh mereka.
Cadangan ibu kepada dua beradik itu iaitu Datin FARIZAH untuk mengahwinkan adik kepada FARISH iaitu FIRASH dengan teman wanita FARISH iaitu SYAF terpaksa diterimanya dengan redha.FIRASH juga terpaksa akur demi sebuah harga diri dan rasa kasih nya terhadap ibunya.FARISH telah meninggal akibat kemalangan jalan raya kerana perkahwinan tersebut.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat SYAF kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi  perkahwinan mereka dirahsiakan atas permntaan FIRASH.
Tetapi semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik dan abang sepupu FIRASH mula mendekati isterinya itu dan kala itulah FIRASH mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi SYAF sebagai isterinya.
Di kala rasa sayang dan cinta mula hadir di antara mereka berdua,ada saja dugaan yang menimpa.Kehadiran abang dan adik tiri FIRASH yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.
WATAK UTAMA:
IZZUE ISLAM sebagai FIRASH ARSHAD

TIZ ZAQYAH sebagai SYAFA AQIRA

WATAK PEMBANTU:
QI QUSYAIRI sebagai HAQIMY

 AZLEE KHAIRI sebagai RAIMY
UQASHA SENROSE sebagai RANIA
FEZRUL KHAN sebagai FARISH ADRYAN
WILMA MUHAMMAD sebagai DATIN FARIZAH
MUSTAPHA KAMAL sebagai DATUK FAQRUL
AMAN NASSIM sebagai MIE
IKHLAS JALIL sebagai FIKRI
MARISSA YASMIN sebagai PUAN AIDA
ELYA MIERA sebagai ZARA
APPLE SOFIA sebagai SARAH
ERNIDA sebagai AWIN
PENAMPILAN ISTIMEWA:
WANMAIMUNAH sebagai TOK WAN
LAGU TEMA:
KITA-FORTEEN

SILA LAYARI WWW.TONTON.COM.MY UNTUK MENONTON FULL EPISOD UNTUK DRAMA INI.